Portal Service CIDB
Kami Menyediakan Servis Pendaftaran Kad Hijau CIDB/Kad Personel Binaan & Pendaftaran Syarikat Kontraktor dengan lembaga Rembarsunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia


Apakah Itu Kad Hijau CIDB?
Kad Hijau CIDB, atau dikenali sebagai Kad Personel Binaan, merupakan pengesahan rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada pekerja binaan yang telah mengikuti kursus serta latihan keselamatan tapak pembinaan yang ditetapkan.
Kad ini berfungsi sebagai bukti bahawa seseorang pekerja binaan layak dan dibenarkan bekerja di tapak pembinaan secara sah, selaras dengan keperluan keselamatan dan perundangan industri pembinaan di Malaysia.
Mengikut Seksyen 33, Akta CIDB 520, semua pekerja binaan sama ada warganegara Malaysia atau warga asing WAJIB memiliki Kad Hijau CIDB yang sah sebelum dibenarkan memasuki dan bekerja di tapak pembinaan.
Mulai 15 Oktober 2019, CIDB Malaysia telah memperkenalkan Kad Pintar Pendaftaran Personel Binaan yang dinaik taraf selaras dengan kemajuan teknologi digital, bagi meningkatkan tahap keselamatan, ketepatan rekod, dan kecekapan pengurusan pendaftaran personel binaan.
Pendaftaran Kontraktor Dengan CIDB
Mulai 20 Julai 1995, semua kontraktor tempatan WAJIB berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebelum mengakujanji, menjalankan, atau menyiapkan sebarang kerja pembinaan di Malaysia.
Keperluan ini ditetapkan di bawah Seksyen 25, Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520), termasuk pindaan tahun 2011, kecuali bagi kontraktor yang diberikan pengecualian tertentu di bawah Seksyen 40(1) akta yang sama.
Pendaftaran kontraktor dengan CIDB adalah penting bagi memastikan:
- Pematuhan kepada undang-undang pembinaan Malaysia,
- Kelayakan kontraktor untuk menjalankan projek, dan
- Tahap profesionalisme serta kawalan kualiti industri pembinaan.
Mana-mana kontraktor yang gagal mematuhi Seksyen 25 dan didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM10,000, seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 29, Akta 520.
For Existing Company
Already Have Your CIDB Certificate and MOF Licenses?
Take your business to the next level by expanding your license categories and applying for Bumiputera certification — all with the guidance of our expert support team.
CIDB & MOF Add Category
Time to expand the scope of work for your authorized contractor to undertake and expand the business activities for your company.
Why Need to Add Category?
- Expand business opportunities.
- Ability to bid on a larger pool of tenders.
- Reduce reliance on a single type of project.
Langkah-Langkah
Pembaharuan Kad Personel Binaan (Kad Hijau CIDB)

1. Isi borang pembaharuan kad binaan CIDB di laman web

2. Buat bayaran pembaharuan kad hijau secara online

3. Permohonan diproses selama 3 hari (waktu bekerja)

4. Terima e-mel pas sementara CIDB dalam masa 48 jam
*Bermula 16 Disember 2023, tiada lagi cetakan & penghantaran kad pintar Personel Binaan CIDB bagi permohonan baru / pembaharuan personel binaan.
Green Card Venture
Ialah penyedia perkhidmatan profesional yang menawarkan permohonan Kad Hijau CIDB (Kad Personel Binaan), pembaharuan kad, serta latihan CIDB yang diperlukan untuk pekerja binaan di Malaysia.
Kami membantu pekerja tempatan, pekerja asing, dan syarikat pembinaan memastikan proses CIDB berjalan dengan lancar, tepat dan mematuhi keperluan undang-undang — daripada latihan, dokumentasi, sehingga penyerahan permohonan.


